Assalamualaikum Kak Feeza,

Satu sistem untuk semua bisnes akak

Di Karlas, Aafiya Mothercare (dulu KMC), Jari Jemari dan Habibti, setiap bayaran ikut bil dan masuk ke akaun bisnes yang betul. Akak nampak jualan di telefon, dan Fresha ditutup.

Pilihan B · cadangan saya

RM5,000 sebulan × 12 bulan Siap yuran jaga maks RM800 Okt 2026 RM2,000 Sep 2027 Okt 2027
RM5,000sebulan × 12 bulan, siap Sep 2027
maks RM800sebulan lepas siap, minimum 12 bulan
  • Bulan pertama cuma RM2,000 kalau akak tandatangan dan bayar pada atau sebelum Jumaat 23 Okt 2026: saya tolak RM3,000 Persediaan yang akak dah bayar. Jumlah RM60,000, termasuk RM3,000 itu.
  • Server, mesej WhatsApp dan caj QR akak bayar terus kepada penyedia — butiran di bawah.
  • Setuju? Balas “Pilih B” di WhatsApp saya. Langkahnya

Tiga tahap: duit terus ke syarikat, satu sistem, WhatsApp jawab sendiri

Karlas mula guna Fresha tutup 1 · Duit ke akaun syarikat 2 · Semua dalam satu sistem 3 · WhatsApp jawab sendiri Okt 2026 Jan Jun Sep 2027

Persediaan sedang berjalan; laporannya dalam call 14 Okt. Okt hingga Jan saya bina dan uji, dan tunjuk hasilnya setiap bulan. Tarikh lain anggaran; harga tetap.

Duit terus ke akaun syarikat

Karlas & Aafiya Mothercare · Okt 2026 – Jun 2027

“Manusia ni kita jangan pakai untuk duit.”

Kata akak
CONTOH RM180 Bil dan QR Akaun syarikat Resit WhatsApp Ringkasan malam
  • Staf buka bil di tablet dengan PIN sendiri, atau hantar pautan bayar dari WhatsApp rasmi. Pelanggan scan QR atau bayar kad. Tunai dicatat dalam bil, dikira setiap malam.
  • Resit masuk WhatsApp dan emel pelanggan. Jualan dan sesi setiap staf dikira dari bil: akak nampak penyata setiap staf, staf nampak penyata sendiri.
  • Setiap malam, ringkasan jualan dan bil belum dibayar masuk telefon akak, dan Excel akaun terisi sendiri. Atome dan SPayLater ditanda “menunggu masuk”.
  • Karlas mula guna sistem baru: sebelum Ramadan (hujung Jan 2027) atau lepas Raya (Apr 2027). Kita putuskan pertengahan Jan.
  • Staf masukkan menu, harga, baki pakej dan stok guna templat. Senarai pelanggan Fresha saya yang pindahkan.

Semua dalam satu sistem

Jari Jemari & Habibti · Jun – Ogos 2027

“Jadi akak dah beli lagi satu POS sistem.”

Kata akak
Karlas Aafiya Jari Jemari Habibti Satu sistem Fresha ditutup
  • Jari Jemari guna sistem bayar yang sama. Kredit dan baki ahli JJ ikut pindah.
  • Lepas itu Fresha ditutup, lebih kurang hujung Ogos 2027.
  • Habibti mula awal: stok ikut saiz, warna dan lokasi dah jalan; resit emel dan WhatsApp, dan senarai pelanggan, siap minggu ni.
  • Pelanggan booth daftar sendiri dengan scan QR (siap minggu ni).
  • Senarai pelanggan semua bisnes jadi satu (yang beri izin sahaja).

WhatsApp jawab sendiri

WhatsApp Jari Jemari · Ogos – Sep 2027

“Kalau sistem yang boleh buat, lagi akak seronok.”

Kata akak
CONTOH 11:40 malam Nak tempah esok, boleh? AI Boleh kak! Staf kami akan sahkan slot pagi esok. Tempahan dan soalan lain: staf ambil alih
  • Sistem jawab mesej pertama pelanggan, guna jawapan yang akak dah luluskan.
  • Tempahan tetap staf yang sahkan. Kalau bagus, kita teruskan; kalau tak, kita hentikan.

Mac 2027 nanti, kita boleh tukar susunan tahap (contoh: buat WhatsApp dulu). Harga sama.

RM5,000 sebulan untuk semua bisnes

“Akak rasa better monthly.”

Pilihan B · semasa bina

Yuran PersediaanRM3,000
Okt 2026RM2,000

RM5,000 tolak RM3,000 Persediaan, jika akak tandatangan dan bayar pada atau sebelum Jumaat 23 Okt 2026. Lepas tarikh itu, bulan pertama RM5,000 penuh.

Nov – Sep 2027RM5,000 × 11

Invois bulan depan saya hantar setiap 25hb, akak bayar dalam 7 hari. Contoh: invois Nov sampai 25 Okt. Habibti dapat invois sendiri (RM500 daripada RM5,000), supaya akaun setiap bisnes kemas.

JumlahRM60,000

Termasuk RM3,000 Persediaan, jika bayar pada atau sebelum Jumaat 23 Okt 2026.

Yang akak bayar lagiRM57,000

Pilihan A: siap sebulan awal. RM5,500 sebulan × 11 bulan, siap Ogos 2027. Bulan pertama RM2,500, jumlah RM60,500. Syarat sama. Nak? Balas “Pilih A”.

Tambahan Habibti: katalog online (siap minggu ni). RM300 sebulan, dalam invois Habibti. Pelanggan tengok rekaan, warna, saiz dan harga sendiri; yang habis tertulis Habis, rekaan baharu keluar sendiri, dan order terus masuk WhatsApp. Domain sendiri ikut kos sebenar.

Terus terang kak: selama bina, akak masih bayar Fresha dan POS macam biasa. Jadi masa bina belum jimat.

  • Idea baru masuk Senarai Idea. Perubahan kecil termasuk dalam bayaran bulanan. Idea besar: kita tukar dengan benda lain yang sama saiz, atau saya beri harga dulu. Tiada caj tambahan tanpa “OK” akak.

Lepas siap, akak bayar saya paling banyak RM800 sebulan

Lepas siap · mulai Okt 2027

Yuran jagamaks RM800

Saya jaga dan baiki sistem, simpan salinan data setiap hari, dan jawab WhatsApp akak pada hari bekerja.

Kepada penyediaatas nama akak
  • Server: lebih kurang RM50–200 anggaran sebulan, atas kad akak dari bulan pertama bina.
  • Mesej WhatsApp dan AI: lebih kurang RM100–200 anggaran sebulan, mula bila Karlas guna sistem baru. Hari ini akak pun bayar kredit mesej Fresha.
  • Caj QR: lebih kurang 1% anggaran setiap bayaran, mula bila Karlas guna sistem baru. Caj terminal kad macam sekarang.
Fresha dan POSditutup

Fresha sekarang lebih kurang RM680 sebulan.

Paling banyak RM800 sebulan, minimum 12 bulan (Okt 2027 hingga Sep 2028), kemudian harga disemak setahun sekali dan akak boleh berhenti dengan notis 30 hari. Minimum 12 bulan ini hanya bila semua tahap siap.

Jumlah paling banyak kepada saya, Okt 2026 hingga Sep 2028 (Pilihan B): RM66,600 — baki bina RM57,000 + yuran jaga 12 × RM800. Jika bayar lewat daripada tarikh kredit, tambah RM3,000.

Tak termasuk dalam RM5,000 sebulan

Akak bayar sendiri. Saya beritahu akak dulu.

  • Tablet atau pencetak, kalau perlu.
  • Tiket dan hotel untuk lawatan saya ke Kuching (satu lawatan, masa sistem bertukar). Lawatan tambahan: kos perjalanan dan RM500 sehari.
  • Nama laman web (domain): jarijemari.my tahun pertama saya belanja; domain lain ikut kos sebenar. Mulai tahun kedua, akak ganti ikut resit.

Kerja lain, bukan dalam pakej ini:

  • Gaji staf (kekal guna MySyarikat)
  • Kedai online dengan bayaran online, TikTok Shop
  • Pemasaran, peguam, akauntan, e‑Invois LHDN
  • Jadual lawatan rumah Aafiya Mothercare
  • WhatsApp jawab sendiri untuk nombor Karlas, Aafiya Mothercare atau Habibti
  • Clock-in, cuti dan komisen staf, dan tanya sistem soalan tentang jualan (Tahap 4): lebih kurang RM15,000, kita bincang Mac 2027.

Lepas 6 bulan, akak boleh berhenti, dan data tetap milik akak

Bila akak boleh berhenti 1 6 12 Komitmen 6 bulan pertama Mac Jun Ogos bulan ke-6 Tahap 1 Tahap 2
  • Akaun bayaran, WhatsApp rasmi dan data pelanggan atas nama akak. Domain jarijemari.my saya pegang dulu, pindah atas nama akak bila akak minta. Lepas semua invois yang dah dikeluarkan dibayar (termasuk kalau akak berhenti awal), saya serahkan salinan sistem.
  • Komitmen 6 bulan pertama, sampai Mac 2027. Lepas itu akak boleh berhenti hujung Mac, atau di hujung mana-mana tahap (Jun, Ogos), notis 30 hari. Apa yang dah siap tetap akak guna. Berhenti di hujung tahap sebelum siap? Yuran jaga tak wajib.
  • Nak berhenti sebelum Mac 2027? Notis 30 hari, dan RM500 untuk setiap bulan yang tinggal sampai bulan ke-6.Contoh: akak beritahu dalam Dis. Dis dan Jan bayar RM5,000. Feb dan Mac, RM500 sebulan.

Mula dengan satu mesej WhatsApp

  1. 1 Pilih B

    Akak balas “Pilih B” di WhatsApp saya.

  2. 2

    Saya hantar perjanjian ringkas (syarat penuh ada di situ) dan invois pertama.

  3. 3

    Akak tandatangan dan bayar invois pertama pada atau sebelum Jumaat 23 Okt 2026, untuk dapat potongan RM3,000.

  4. 4

    Saya mula bina Tahap 1 terus.

Nak fikir dulu? Tak apa kak. Laporan Persediaan dan laman web Jari Jemari tetap milik akak.

Terima kasih kak atas kepercayaan. Kita buat satu-satu, InsyaAllah.

Hafiz